Budak 8 tahun dicabul pemandu van tuisyen

Iklan
Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang murid tahun dua menjadi mangsa cabul pemandu van tuisyennya sendiri sejak dua bulan lepas.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk suspek yang berusia 64 tahun itu hanya terbongkar selepas adik mangsa mengadu kepada ibu mereka awal bulan ini.

Iklan
Iklan

Warga emas tersebut mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu ketika hanya mangsa bersama adiknya berada di dalam van tersebut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, berikutan itu, suspek berjaya ditangkap.

Iklan

Menurutnya, sebuah telefon bimbit berjenama Samsung Duos warna putih serta kad sim turut dirampas untuk membantu siasatan.

"Ibu mereka yang berusia 37 tahun hanya mengetahui kejadian tersebut setelah diberitahu oleh anak perempuan keduanya ketika berada di rumah pada 9 Julai lepas jam lebih kurang 7.30 malam.

Iklan

"Adik mangsa telah bercerita tentang kakak sulungnya telah diraba dan disentuh di bahagian dada dan juga paha oleh pemandu van sekolah ketika mereka menaiki kenderaan berkenaan ke pusat tuisyen.

"Kemudiannya, baru mangsa berusia lapan tahun itu memberitahu kejadian tersebut berlaku sejak bulan Mei lagi tetapi khuatir memaklumkan kepada ibunya yang bekerja sebagai eksekutif jualan tentang perbuatan suspek yang ada menyentuh kaki, betis dan tangannya," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Shahurinain berkata, mangsa juga memaklumkan kepada ibunya, suspek ada menangkap gambar seluar dalam dengan menyuruhnya membuka kedua-dua kaki ketika dia hanya memakai skirt.

"Kejadian tersebut telah disaksikan oleh adik mangsa.

"Mangsa dan adiknya menaiki van sekolah yang dipandu suspek untuk pergi ke pusat tuisyen pada setiap hari kecuali hari Sabtu dari rumah mereka.

"Suspek mengambil kesempatan ketika hanya ada kedua-dua beradik ini di dalam van berkenaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.