Petronas belanja RM3.3 bilion untuk PESP

Iklan
Wan Zulkiflee (dua dari kiri) dan Raiha Azni (dua dari kanan) beramah mesra bersama penerima PESP di UTP hari ini. - Foto ihsan Petronas

PARIT - Sebanyak RM3.3 bilion telah dibelanjakan oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kepada lebih 36,000 penerima biasiswa di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) sejak ia diperkenalkan pada 1975 hingga tahun ini.

Naib Presiden Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Datuk Raiha Azni Abd Rahman berkata, biasiswa berkenaan merupakan komitmen Petronas dalam membangunkan modal insan dan pekerja profesional berkemahiran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, apa yang kita lakukan hari ini adalah kita terus melabur untuk pembangunan modal insan dan kita tidak pernah berhenti walaupun pelbagai cabaran mendatang.

"Pelajar yang mendapat tajaan akan melanjutkan pengajian mereka dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan juga institusi pengajian tinggi antarabangsa terkemuka," katanya.

Iklan

Raiha Azni berkata demikian selepas Majlis Penganugerahan PESP kepada 291 penerima di Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang dirasmikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin di Dewan Canselor UTP, di sini hari ini.

Menurut Raiha Azni lagi, Petronas menerima 7,000 permohonan biasiswa PESP daripada pelajar seluruh negara untuk tahun ini dan seramai 1,000 permohonan disenarai pendekkan dan hanya 400 berjaya menerima biasiswa tersebut.

Iklan

"Kriteria pemilihan pelajar untuk PESP ini adalah berdasarkan kecemerlangan mereka dan menepati ciri-ciri berkepimpinan serta mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran," katanya.