Leka sabung ayam sampai tak sedar diserbu polis

Iklan
Antara kaki judi yang ditahan polis. FOTO POLIS SELANGOR

AMPANG - Seramai 21 kaki judi yang leka bermain judi bola golek dan laga ayam di kawasan belukar di sini tidak sempat meloloskan diri ketika diserbu polis.

Operasi bermula sekitar jam 2.30 petang tadi menahan 16 warga Indonesia, seorang warga Hong Kong dan empat lelaki tempatan.

Iklan
Iklan

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor berkata, serbuan dilakukan selepas seminggu pihaknya melakukan siasatan dan risikan.

Menurutnya, lokasi yang dijadikan tempat berjudi itu agak jauh dari tumpuan orang awam.

Iklan

"Siasatan juga mendapati lokasi ini baru beroperasi dua minggu dan hanya dibuka setiap hujung minggu. Melalui kegiatan itu, penganjur mampu meraih RM3,000 ke RM5,000 bagi setiap perlawanan laga ayam dan judi bola golek," katanya dalam satu kenyataan.

Azmi berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 14 ekor ayam yang dijadikan ayam laga, peralatan bola golek dan sejumlah wang tunai anggaran RM5,000.

Iklan

"Kesemua yang ditahan direman bagi membantu siasatan polis," katanya.