Yeop harap kesebelasan terbaik bertemu Kedah

Iklan
Kesebelasan Perak ketika hadir Program Meet And Greet di Al-Ikhsan, Ipoh Parade hari ini.
PERAK berharap dapat menurunkan kesebelasan terbaik pada aksi final Piala FA berdepan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil 27 Julai ini.

Ketua jurulatihnya, Mehmed Durakovic berkata, kesemua pemain diharap cergas menjelang aksi final edisi ke-30 itu.

Selain itu menurut Durakovic, pemain-pemain turut diharap tidak mengalami sebarang masalah penggantungan perlawanan.

Iklan
Iklan

"Kita harapkan agar tidak ada pemain kita yang cedera atau menjalani penggantungan perlawanan nanti.

"Lawan kita, Kedah adalah pasukan yang bagus, namun kita juga pasukan yang baik.

Iklan

"Oleh itu, besar kemungkinannya kita akan disajikan dengan satu aksi final yang menarik," katanya.

Durakovic berkata demikian pada sidang media sempena Program Meet And Greet di Al-Ikhsan, Ipoh Parade hari ini.

Iklan

Sementara itu, Durakovic mengharapkan sokongan padu daripada penyokong Perak pada aksi final kelak.

"Kepada semua penyokong, teruskan sokongan anda kepada kami.

"Semoga pasukan terbaik akan memenangi perlawanan ini," katanya.