10 bilik sewa warga asing terbakar

Iklan

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 bilik sewa dipercayai dihuni warga asing di tingkat tiga sebuah blok bangunan kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Cemur, Off Jalan Pekeliling, di sini, petang ini.

Pegawai Operasi Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penguasa Bomba Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata, 25 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Titiwangsa dan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.16 petang.

Iklan
Iklan

"Tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran di bangunan tiga tingkat itu kerana penghuni keluar bekerja, namun api marak terlalu cepat menyebabkan 10 bilik yang berkeluasan 20x30 kaki persegi terbakar sepenuhnya," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian hari ini.

Katanya api dapat dikawal pada pukul 2.39 petang dan berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 4.00 petang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat. - Bernama