MELAKA TENGAH -"Kami terpaksa membuka helmet dan menyantuni seorang kanak-kanak perempuan ketika operasi menyelamatkan mangsa berusia tiga tahun itu," kata Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil, Penguasa Kanan Bomba ll, Abdul Rahim Ismail.
Kanak-kanak perempuan itu terpaksa menanggung kesakitan lebih setengah jam apabila kepalanya tersepit di jeriji pintu rumahnya di Bukit Godek, Semabok, Melaka, di sini pagi tadi.