PPM tahan nelayan Indonesia, hasil laut dirampas

Iklan
PPM menahan empat warga Indonesia di perairan Laut Kuala Selangor di sini semalam.

KUALA SELANGOR - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sebuah bot pukat tunda bersama empat nelayan warga asing menerusi Ops Pintasan di perairan Laut Kuala Selangor di sini semalam.

Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, bot tersebut dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan mendapati terdapat empat warga Indonesia berusia lingkungan 37 hingga 43 tahun yang mana salah seorang merupakan tekong, manakala tiga lagi adalah awak-awak.

PPM menahan empat warga Indonesia di perairan Laut Kuala Selangor di sini semalam.

"Siasatan mendapati nelayan terbabit melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Tambahnya, antara kesalahan itu adalah tiada kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia untuk menggunakan pekerja dan awak-awak asing serta menggunakan saiz mata pukat bahagian keroncang kurang dari 38 milimeter ukuran tegang.

Selain itu, keempat-empat tangkapan itu juga gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Iklan

Katanya, warga Indonesia ini juga akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"PPM telah bertindak merampas bot terbabit selain rampasan pukat, tali tunda, papan tunda serta hasil tangkapan udang dan ikan seberat kira-kira 100 kilogram," katanya.