KUANTAN - Malang bertimpa bagi keluarga, Syarifah Azlina Syed Kassim, 37, yang terbunuh dalam kebakaran di Sungai Isap pagi tadi kerana mereka baru sahaja kehilangan bapa empat hari lalu.
Adik mangsa, Syarifah Amidah, 35, berkata, mereka 10 beradik berkumpul di kediaman keluarga di Indera Mahkota Jumaat kerana mengadakan majlis tahlil arwah.
"Kami bertemu ketika Majlis tahlil arwah bapa yang baru beberapa hari meninggal. Sekarang dia dan anak-anak pula meninggal dunia.
"Tak sampai seminggu arwah bapa meninggal kami dikejutkan dengan kejadian ini," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga terkorban kebakaran babit empat buah rumah
Nampak mangsa tepi tingkap cuba selamatkan diri
Hilang ibu, adik-adik sekelip mata
Menurutnya, apa yang berlaku adalah ujian berat kepada mereka keluarga namun reda dengan ketentuan Ilahi.
"Memang tiada langsung perubahan dan saya masih terkejut dengan kejadian ini.
"Saya tidak dimaklumkan dia dan anak-anak sudah tiada tetapi dapat tahu sebaik sahaja tiba di unit Forensik," katanya.