Video murid hisap gula-gula berasap undang kebimbangan ibu-bapa

Iklan
Gula-gula dikenali sebagai 'Smoke Ghost' perlu disedut dan kemudiaannya akan memberikan kesan berasap.

SHAH ALAM - Minggu lalu kecoh apabila sekeping gambar kelihatan seorang pelajar perempuan sedang menghisap rokok elektronik atau vape tular di media sosial sekali gus undang kebimbangan kalangan ibu-bapa.

Kini, kecoh di Facebook dan grup WhatsApp dalam kalangan ibu bapa apabila sebuah video viral menunjukkan sekumpulan murid sedang menikmati gula-gula yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut.

Iklan
Iklan

Tidak pasti kejadian ini berlaku di mana namun perakam video berkenaan didapati bertanyakan cara menikmati gula-gula terbabit.

Menerusi video berdurasi 44 saat itu, kanak-kanak berkenaan memberitahu 'bahan' itu dimakan seperti gula-gula biasa yang perlu disedut dan kemudiaannya akan memberikan kesan berasap.

Iklan
Video murid sekolah hisap gula-gula berasap tular.

Menurut hantaran di Facebook, gula-gula ini ini dikenali sebagai 'Smoke Candy atau 'Smoke Ghost'.

Ia dipercayai dijual kepada kanak-kanak di luar sekolah dengan harga 50 sen sepaket.

Iklan

Artikel berkaitan https://www.sinarharian.com.my/article/39029/BERITA/Nasional/Haramkan-segera-gula-gula-berasap.

Sementara itu, rata-rata netizen berpendapat bahawa institusi pendidikan kini bukan lagi satu tempat yang selamat kerana pelbagai pengaruh dan perkara buruk yang mereka boleh belajar daripada kenalan sendiri.

Pengguna Facebook, Mohamad Nor Zaidy Dyniz berkata, 'gejala awal yang bakal merosakkan anak bangsa kita.'

Zaidi Tahir pula berkata, haramkan terus masuk ke Malaysia, tengok Singapura, gula-gula getah mereka boleh haramkan sebab penguatkuasaan mereka tegas.'