'Saya selamatkan diri melalui pintu belakang...'

Iklan
Ibu mangsa Siti Zaleha Adul Rashid, 60, (kanan) dan besannya Noraini Che Ibrahim, 53, sugul ketika di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas anaknya Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, dan dua cucunya Muhamad Haikal Hakimi Hairol, 11, dan Muhamad Adam Daniel, 7, maut dalam kebakaran. - FOTO BERNAMA

KUANTAN -"Saya tak sangka rumah yang baru saja kami sewa tiga bulan hangus terbakar," demikian luahan Nor Syawalina Abdullah, 19, yang merupakan mangsa terselamat dalam kebakaran yang meragut nyawa tiga beranak di Perkampungan Sungai Isap 2, dekat sini, pagi tadi.

Nor Syawalina berkata, sewaktu kejadian semua ahli keluarganya sedang tidur dan hanya menyedari api sudah marak selepas dikejutkan abang iparnya, Syed Azman Syed Kassim, 25.

Iklan
Iklan

"Kami tak sempat buat apa-apa sebab api marak terlalu cepat terutama di ruang tamu. Saya sempat selamatkan diri dengan keluar melalui pintu belakang, ahli keluarga lain pula cuba keluar melalui pintu depan.

"Saya tak tahu ada (ahli keluarga) yang terperangkap... lepas berjaya keluar dari rumah, saya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat sesak nafas. Sewaktu dirawat baru dapat tahu tentang kematian ahli keluarga.

Iklan

"Walaupun saya mengalami sakit dada dan sesak nafas, syukur saya tak cedera," katanya kepada media ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini hari ini.

Nor Syawalina yang terselamat dalam kebakaran dan kini dirawat di HTAA.

Sementara itu, Siti Zaleha Abd Rashid, 60, ibu kepada Syarifah Azlina yang terkorban dalam kebakaran tersebut pilu kehilangan orang yang tersayang selepas pemergian suami yang baru sahaja meninggal dunia lima hari lepas.

Iklan

"Dia (Syarifah Azlina) baru sahaja kehilangan ayahnya lima hari lalu dan balik ke Kuantan Jumaat lepas lepas ziarah kubur ayahnya di Felda Chini," katanya.

Dalam kejadian awal pagi tadi, tiga beranak terbunuh dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Sungai Isap 2.

Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, bersama dua anak lelakinya, Muhammad Haikal Hakimi Hairul, 11, dan Muhamad Adam Daniel, 7, terkorban dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga terkorban kebakaran babit empat buah rumah