Polis tahan tiga lelaki ragut OKU

Iklan

ALOR SETAR - Polis menahan tiga remaja lelaki yang cuba meragut seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) di hadapan sebuah bank di pekan Kulim, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dalam kejadian pada 5.30 pagi itu, empat anggota polis yang sedang melalui kawasan pasar awam berhampiran, terdengar jeritan dari arah bank berkenaan.

Iklan
Iklan

"Dua anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan melihat seorang lelaki yang memegang satu objek panjang, sedang menarik beg sandang milik mangsa manakala dua lagi suspek berada di atas motosikal jenis SYM E-Bonus.

"Suspek kemudiannya melarikan beg sandang mangsa dengan membonceng motosikal bersama dua lagi rakannya, namun semua suspek yang berumur 16 tahun itu berjaya ditahan di Jalan Kilang Sagu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Iklan

Ahmad Nasir berkata, pihaknya menemui semula beg sandang mangsa yang berisi wang tunai sebanyak RM29 serta telah merampas tiga telefon bimbit milik suspek, satu batang paip dan sebuah motosikal yang digunakan untuk melakukan jenayah tersebut.

"Kesemua suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan siasatan akan diteruskan selepas perintah reman diperoleh. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama

Iklan