'Arwah anak yang baik, tak pernah bergaduh'

Iklan
Anggota bomba membuat pemeriksaan sebelum mengeluarkan empat mangsa dipercayai maut dalam kejadian runtuhan tangga rumah dua tingkat masih dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar tengah hari tadi.

PASIR MAS - Ahli keluarga mangsa kejutan elektrik yang meninggal dalam insiden itu di Petaling Jaya, Selangor hari ini melahirkan rasa terkejut dengan pemergian kedua-dua mangsa.

Bapa saudara mangsa, Shahril Apipie Mokhtar, Mohd Nasir Mohd Yusof, 48, berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kematian anak saudara dan isterinya, Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, pada 5 petang tadi selepas dimaklumkan oleh seorang saudara mereka.

Iklan
Iklan

Beliau berkata selepas mendapat panggilan itu, ayah Shahril Apipie, Mokhtar Mohd Yusof, 53, kemudiannya bergegas ke Selangor bersama seorang daripada adiknya untuk menguruskan jenazah anak sulungnya itu.

"Ayah arwah bertolak ke Hospital Sungai Buloh kira-kira 6 petang tadi bersama seorang menantunya. Ibu arwah pula telah lama meninggal.

Iklan

"Ahli keluarga kedua-dua belah pihak masih belum memutuskan untuk mengebumikan kedua-dua jenazah di kampung mana," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Chabang, Tok Uban di sini malam ini.

Mohd Nasir berkata, kali terakhir berjumpa dengan pasangan itu pada Aidilfitri lalu selepas kedua-dua suami isteri itu pulang bercuti sempena perayaan itu selama seminggu.

Iklan

"Arwah yang merupakan anak sulung daripada lima beradik berkahwin dengan isterinya, Wan Hasheliza kira-kira dua tahun lepas dan sedang menunggu kelahiran anak sulung mereka namun tidak kesampaian.

"Kami sekeluarga amat sedih dengan kejadian ini kerana arwah seorang anak yang baik, tidak pernah bergaduh dengan orang lain," katanya.

Terdahulu, seorang wanita, yang sarat mengandung dan suaminya adalah antara empat yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik selepas struktur tangga sebuah rumah dua tingkat runtuh di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh.

Ketika kejadian pada 12.30 tengah hari, Wan Hasheliza yang mengandung anak sulung, sedang menikmati durian di bawah tangga itu dan tersepit apabila struktur tangga yang dalam pembinaan itu runtuh.

Suaminya, Shahril Apipie, 29, dan dua yang lain iaitu Mohd Radezi Abdul Aziz, 35, dan seorang lelaki Indonesia Bambang Sulustio, 39, maut ketika cuba membantu menyelamatkan wanita itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil maut dihempap tangga rumah