Satu undi, satu ahli mampu perkukuh Bersatu

Iklan
Abu Bakar

SHAH ALAM - Pindaan Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diluluskan bagi membenarkan semua ahli memilih kepimpinan cawangan serta bahagian mampu memperkukuhkan matlamat serta hala tuju perjuangan parti itu pada masa depan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya berkata, pindaan yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung Khas Bersatu di Serdang semalam bukti parti itu mendokong prinsip ketelusan sekali gus menyuburkan lagi amalan demokrasi di negara ini.

Iklan
Iklan

"Para perwakilan memahami dengan jelas hasrat Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu membawa parti lebih jauh dan terus relevan dalam membela membela nasib orang Melayu dan Bumiputera.

"Pindaan Perlembagaan Bersatu khususnya pelaksanaan sistem Satu Ahli, Satu Undi memberi hak kepada setiap ahli untuk menentukan kepimpinan mereka sendiri di peringkat cawangan dan bahagian.

Iklan

"Sistem ini sudah tentunya mampu memantapkan struktur serta kepimpinan parti di peringkat akar umbi," katanya.

Semalam, Perhimpunan Agung Khas Bersatu yang dihadiri 855 perwakilan dari seluruh negara meluluskan hampir semua usul yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Bersatu 2019.

Iklan

Antara pindaan perlembagaan dipersetujui termasuklah mewujudkan keahlian bersekutu dalam kalangan bukan Melayu dan Bumiputera.

Bagaimanapun daripada 80 pindaan dan tambahan fasal tertentu dalam perlembagaan Bersatu itu, para perwakilan hanya menolak satu usul berkaitan membenarkan kaum bukan Melayu/Bumiputera terbabit pemilihan atau memegang jawatan dalam parti tersebut.