ADUN Seri Setia masuk hospital sesak nafas

Iklan
Halimey masih mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta selepas mengadu sesak nafas lewat malam Jumaat lalu.

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar dikejarkan ke sebuah hospital swasta di sini, lewat malam Jumaat lalu selepas mengadu sesak nafas.

Bagaimanapun keadaan beliau ketika ini dilaporkan stabil.

Iklan
Iklan

Adiknya, Salimey Abu Bakar berkata, Halimey masih mendapatkan rawatan di hospital berkenaan hingga hari ini.

"Abang mengadu sesak nafas ketika berada di rumah sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah keadaannya stabil tapi tak pasti berapa lama lagi perlu mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.