Perak lima terbaik

Iklan
Pemain pasukan Perak Ronaldo Henrique Silva (kiri) cuba merebut bola dengan pemain Kuala Lumpur Zhafri Yahya (kanan) pada aksi Liga Super Malaysia 2019 Perak menentang Kuala Lumpur. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur tersingkir

IPOH - Perak mengakhiri saingan Liga Super musim ini dalam kelompok lima terbaik selepas mengatasi Kuala Lumpur2-1 di Stadium Perak malam ini.

Namun, nasib berbeza bagi skuad The City Boys yang tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Iklan
Iklan

Pada awal perlawanan Perak bermula garang dengan mengasak kubu lawan sewal minit ke-4 melalui percubaan Careca namun diselamatkan penjaga gol Kuala Lumpur, Mohd Sharbinee Allawee.

Asakan demi asakan diteruskan Perak sehingga pada minit ke-15, Brendan berjaya mengumpan hantaran kepada J Partiban tetapi penjaga gol tangkas menafikan peluang.

Iklan

Kuala Lumpur yang bermain dalam tekanan memperoleh peluang pada minit ke-28 melalui penyerang mereka, De Paula namun berjaya diselamatkan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim.

Usaha yang dilakukan Perak akhirnya berhasil apabila hantaran Partiban disambut kemas Careca menjadikan kedudukan 1-0 pada minit ke-31 perlawanan.

Iklan

Ketika babak pertama hampir berakhir pemain import Perak, Leandro dilayangkan kad kuning pertama perlawanan selepas mengasari pemain lawan.

Bersambung babak kedua, Perak dilihat menguasai perlawanan dengan beberapa percubaan dan tendangan sudut yang diterima.

Melihat kepada situasi itu, pasukan Kuala Lumpur mula mengatur strategi dengan mengeluarkan penyerang mereka De Paula pada minit ke-53 dengan memasukkan Ahmad Fakri Saarani.

Perak pula terus mengekalkan rentak permainan menyerangnya dengan beberapa peluang yang gagal disudahkan.

Peluang terbaik hadir pada minit ke-55 tetapi sayangnya Partiban gagal memanfaatkan peluang menjaringkan gol apabila rembatan tersasar selepas berjaya mengatasi Mohd Sharbinee.

Pertukaran pertama dilakukan pada minit ke- 60 apabila ketua Jurulatih, Mehmed Durakovic memasukkan Kenny Pallraj dan mengeluarkan Lenadro.

Perak sekali lagi di depan apabila Careca sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring gol selepas menerima lorongan Kenny menjadikan kedudukan 2-0.

Tidak lama kemudiannya Perak membuat pertukaran kedua apabila Ahmad Khairil Anuar masuk menggantikan Mohd Nor Hakim Hassan.

Kuala Lumpur kemudiannya berjaya merapatkan jurang pada minit ke-76 apabila rembatan Woodland menerjah gawang Perak menjadikan kedudukan 2-1.

Kapten Kuala Lumpur, Indra Putra Mahyuddin pula dilayangkan kad kuning selepas mengasari Mohamad Idris Ahmad pada minit ke-82.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan dengan Perak berjaya menduduki tangga kelima dengan 33 mata manakala Kuala Lumpur kekal pasukan tercorot liga dengan mengutip 14 mata musim ini.