Minta izin menantu kebumi anak di Kampung Sepulau

Iklan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim (kiri) ketika menziarahi Wan Ibrahim (depan, kanan) tadi.

PASIR PUTEH - Bapa mangsa runtuhan dan renjatan elektrik menerima berita kematian anaknya ketika menziarahi kematian jiran petang tadi.

Wan Ibrahim Awang Kechik, 59, berkata, kira-kira jam 5.30 petang tadi, dia tergamam apabila anak bongsunya, Wan Hanif, 17, memaklumkan berita tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kali terakhir dia melihat Allahyarham Wan Hasheliza, 29, awal bulan ini ketika anak kedua dari lima beradik itu pulang untuk solat hajat bagi mendoakan keselamatan kandungannya.

"Terkejut dengan berita ini tapi keluarga menerimanya sebagai takdir ALLAH SWT," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sepulau tadi.

Iklan

Menurutnya, isterinya, Zawiyah Hassan, 50, yang berada di Johor mengetahui berita itu selepas beberapa kali panggilan ke telefon Wan Hasheliza tidak berjawab.

"Akhirnya ada orang jawab panggilan dan beritahu dia (Wan Hasheliza) sudah meninggal dunia," katanya.

Iklan

Wan Ibrahim berkata, dia meminta kebenaran keluarga menantunya untuk mengebumikan kedua-duanya di Tanah Perkuburan Kampung Sepulau.

ARTIKEL BERKAITAN: Arwah anak yang baik, tak pernah bergaduh