Jangan laga-lagakan kami, kata Azmin

Iklan
Azmin ditemui di Kediaman Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini malam ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM.

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mohamed Azmin Ali berkata, beliau dan presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih rakan sepasukan.

Beliau juga menggesa agar pihak media agar tidak melaga-lagakan mereka berdua.

Iklan
Iklan

"Ya, dia adalah presiden parti dan saya timbalannya.

"Kamu (media) janganlah suka provokasi presiden dan timbalan presiden, kami sudah bersama untuk sekian lama," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Majlis Doa Selamat dan Sempena Kemenangan Menolak Fitnah Terhadap Mohamed Azmin, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, malam ini.

Lebih 500 penyokong dan ahli PKR hadir dalam program berkenaan.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di Program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR Sesi 2018/2021di Port Dickson hari ini bahawa mereka berdua dalam 'satu pasukan'.

Azmin tidak hadir di pemukiman tersebut.

Menurutnya, beliau ada 'urusan rasmi di luar negara' dan baru pulang hari ini.

"Saya ada urusan rasmi di luar negara dan baru pulang petang tadi sebab itu tidak dapat hadir (Program Temurapat PKR) itu," katanya.