Litar Pontian setanding Monaco

Iklan
Md Azhar (tengah) muncul juara CP150 dalam Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Pontian, semalam.

KEDUDUKAN litar di kawasan pesisir pantai umpama di Monaco menjadi kelebihan Pontian sebagai tuan rumah pusingan 4, Cub Prix Malaysia Petronas 2019 yang berakhir semalam.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut meluangkan masa melawat litar sewaktu Kembara Mahkota Johor 2019 singgah di Pontian, Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Biarpun baharu pertama kali menjadi venue perlumbaan sambutan diberikan cukup luar biasa dari peminat dan penduduk membuatkan kawasan sekitar litar di Pusat Perdagangan Pontian sesak.

Pegawai Daerah Pontian, Zulkifly Mohd Tahir berkata Pontian sedia menjadi tuan rumah Cub Prix pada tahun hadapan.

Iklan

Katanya, selain melonjakkan nama Pontian, ekonomi penduduk juga ditingkatkan dengan kehadiran ramai pengunjung luar sehingga hotel dan rumah tumpangan penuh ditempah.

Orang ramai menyaksikan Cub Prix Malaysia Petronas di Pontian.

"Saya harap penganjur akan pilih Pontian sebagai lokasi perlumbaan kerana kami di peringkat daerah bersedia menjadi tuan rumah pada tahun hadapan.

Iklan

"Kehadiran peminat motosikal dari seluruh negeri yang datang bersama ahli keluarga merancakkan ekonomi peniaga seperti kedai-kedai makanan, hotel, stesen petrol dan sebagainya," katanya.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian ( MDP ) Nor Syazlan Abd Razak, pelancongan sukan kini menjadi salah satu tarikan baru kepada Pontian.

Katanya, pihaknya sentiasa bersedia memberikan kerjasama dan sokongan kepada mana-mana penganjur untuk menjayakan program seumpama itu di sini.

Pegawai Media Motosikal Cub Prix, Asan Ahmad berkata litar sejauh 1.27km dengan selekoh tajam menguji keberanian pelumba untuk bertarung.

Katanya, seramai 71 pelumba menyertai tiga kategori iaitu CP150, CP115 dan Wira.

Aksi pelumba Cub Prix Malaysia Petronas di Pontian.

"Cabaran baharu buat pelumba kerana litar di Pontian pertama kali digunakan berbanding litar-litar lain yang sudah biasa digunakan pelumba," katanya.

Pelumba, Md Azhar Abd Jalil muncul juara kelas CP150 pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Pontian semalam.

Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang itu memenangi perlumbaan tersebut dengan catatan masa keseluruhan 17 minit, 30.022 saat.

Dalam kategori CP115, Md Syafik Rosli muncul juara dengan masa 9:07.283s

Kategori Wira pula menyaksikan penguasaan Md Zaki Zamri yang muncul juara dengan catatan masa 11:13.521s.

Pusingan 5 kejuaraan akan berlangsung di Kuala Terengganu pada 23-24 Ogos depan.