Fama sasar RM400,000 jualan sempena Malaysia Fest 2019

Iklan
Ir Izham(dua,kanan) melawat ruang pameran pada Program Flag Off Produk Negeri Selangor ke Malaysia Fest 2019 di Wisma PKPS di sini.

SHAH ALAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menyasarkan RM300,000 hingga RM400,000 jualan produk sempena Malaysia Fest 2019 bertempat di Singapore Expo, Chang pada 25 Julai hingga 28 Julai ini.

Produk yang dibawa meliputi buah-buahan, ulam-ulaman, tanaman kontan, produk proses dan industri asas tani, makanan kesihatan gaya hidup,kecantikan dan juga fesyen.

Iklan
Iklan

Exco Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor Ir Izham Hashim berkata Fama Selangor dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) membawa 20 usahawan dari Selangor ke Malaysia Fest 2019 di Singapura.

"Penyertaan ke Malaysia Fest 2019 kali ini merupakan antara penyertaan terbesar dari Malaysia dan Selangor secara amnya apabila sebanyak 10 booth ditempah, 20 usahawan dan 150 jenis produk.

Iklan

"Program ini merupakan kali keempat disertai oleh Malaysia dan apa yang saya lihat tahun lepas juga mencatatkan jualan yang amat memberangsangkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Flag Off Produk Negeri Selangor ke Malaysia Fest 2019 di Wisma PKPS di sini.

Iklan
Exco Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor Ir Izham Hashim merasmikan Program Flag Off Produk Negeri Selangor ke Malaysia Fest 2019 di Wisma PKPS di sini.

Katanya, daripada 150 produk yang dibawa, 80 merupakan produm My Kampung My Future (MKMF) daripada 16 kampung di seluruh negara.

"Program MKMF merupakan program peringkat nasional yang telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 8 April 2019, ia juga akan membawakan pelbagai pakej-pakej menarik agro pelancongan yang ditawarkan.

"Selain itu, kerajaan negeri juga bersama Fama dan MBG Fruit Shop akan membawa pelbagai buah-buahan ke ekspo kali ini," katanya.

Menurutnya, ekspo ini turut mencatatkan peningkatan sebanyak 20 hingga 30 peratus jualan pada tahun sebelum ini.

"Kita dapati ada beberapa syarikat dari Selangor dan Malaysia tahun lepas menyertai Malaysia Fest ini, mereka berjaya membesarkan perniagaan mereka dan saya yakin tahun ini akan berikan pulangan yang jauh lebih baik dari tahun lepas.

"Saya perhatikan dari tahun ke tahun peningkatan lebih 20 peratus 30 peratus peningkatan jualan yang ada di sana," katanya.

Terdahulu, pada 2018, seramai 18 usahawan Industri Asas Tani Selangor dengan 72 jenis produk telah menyertai Malaysia Dest di Singapura dengan lima booth, jualan pada ketika itu mencecah hampir RM150,000 sepanjang empat hari ia diadakan.