Tukang besi didakwa tumbuk isteri

Iklan
Putra Aliff Aqhmal ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini.

MELAKA TENGAH - Seorang tukang besi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk bekas isterinya dalam kejadian Jun lalu.

Tertuduh, Putra Aliff Aqhmal Pervira 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang hadir berbaju hitam didakwa menyebabkan kecederaan kepada bekas isterinya yang ketika itu belum lagi diceraikan dengan cara menumbuk muka mangsa.

Kesalahan itu dilakukan ketika tertuduh sedang memandu di lebuhraya Alor Gajah- Melaka- Jasin (AMJ) berdekatan lampu isyarat paya rumput lebih kurang jam 10 malam, 1 Julai lalu.

Iklan

Bagi kesalahan itu, Putra Aliff Aqhmal didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan 326A kanun yang sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Intan Lyiana Zainal Abidin mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi pertuduhan tersebut.

Iklan

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan tindakan tersebut dilakukan kerana berang dengan bekas isteri yang tidak membenarkan dia membawa bayi mereka berusia lapan bulan pulang ke kampungnya.

Selepas mendengar keterangan dan hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 September ini.