KMJ 2019: Sultan Johor singgah Kampung Sungai Telor

Iklan
Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menyampaikan sumbangan kepada penerima.

KOTA TINGGI - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Kampung Sungai Telor di sini sempena hari ketiga Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019, pagi tadi.

Baginda bersama keluarga Diraja Johor dan ahli rombongan tiba kira-kira jam 10.30 pagi di Padang Awam Kampung Sungai Telor dari Felcra Sungai Ara selepas berlepas dari Istana Flintstone, Mersing.

Iklan
Iklan

Pelbagai acara diadakan antaranya permainan rakyat, demonstrasi dan pertandingan masakan, pameran produk Jauhar Collections, sukan rakyat selain persembahan kebudayaan.

Turut diadakan penyampaian sumbangan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) berupa wang tunai dan makanan keperluan asas bersempena KMJ 2019.

Iklan

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan kepada penerima termasuklah seorang pejuang kanser tahap empat, Nur Atikah Mohd Ali Kong, 21.

Meskipun diuji sedemikian, Nur Atikah kekal positif untuk terus berjuang melawan penyakit yang dihadapinya itu.

Iklan
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melambai tangan kepada rakyat di Kota Tinggi.

Menurutnya, kesihatannya merosot selepas disahkan positif kanser tulang semenjak tiga tahun lepas.

Beliau yang berada dalam keadaan lemah dan menggunakan kerusi roda tidak dapat bertutur dengan baik kerana sentiasa merasa keletihan.

"Dulu sakit betul rasa badan, sekarang ini dah baik sikit,” katanya.

Ibunya, Siti Aisyah Ayob, 42, berkata, anak bongsunya itu sentiasa kuat semangat walaupun kadangkala mengadu kesakitan dan tidak dapat menghabiskan persekolahan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya kena kuat untuk dia, sebab dia nampak tabah. Jadi saya juga kena redha dengan dugaan ini. Cuma saya harap orang ramai dapat mendoakan kesihatannya.

"Saya sekarang ini sedang cuba untuk mendapatkan bantuan kerusi roda yang lebih sesuai memandangkan tinggal di rumah flat tingkat tiga. Jadi agak susah untuk bawa turun Nur Atikah jika hendak ke Hospital Sultanah Aminah,” katanya.

Hari terakhir KMJ 2019 menyaksikan Sultan Ibrahim bersama keluarga Diraja Johor dan ahli rombongan menjelajah sejauh 180 kilometer bermula dari Istana Flintstone ke Felcra Sungai Ara, disusuli Felda Taib Andak di Kulai dan Ulu Tebrau.