Kedah tingkat pengeluaran durian
Iklan
Azman (tengah) merasmikan Karnival Durian Kedah 2019 di Pasar Tani Kekal Kulim, semalam.
KULIM - Kedah sedang bergerak ke arah usaha meningkat pengeluaran durian bagi menampung permintaan tempatan dan luar negara.
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama Negeri Kedah, Azman Nasrudin berkata, untuk ke arah itu, daerah Kulim Bandar Baharu, Pendang dan Baling dikenal pasti sebagai pusat pengeluaran durian.
Iklan
Iklan
"Daerah Kulim-Bandar Baharu, Pendang, termasuk Baling akan dijadikan kluster durian. Ia bukanlah bererti daerah lain tidak boleh menanam durian, cuma kita tumpukan tiga daerah ini.
"Usaha ini akan meningkatkan pendapatan petani dan pemilik dusun durian itu sendiri," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Durian 2019 di Pasar Tani Kekal, semalam.
Iklan
Menurutnya, bagi menghasilkan pengeluaran durian terbaik bagi pasaran eksport dan tempatan, kerajaan turut menganjurkan kursus penanaman klon-klon terbaik kepada peserta.
Mengulas lanjut Karnival Durian Kedah 2019, Azman berkata, beliau berpuas hati dengan kehadiran pengunjung yang mencecah 800 orang pada penganjuran tersebut.
"Tujuan karnival ini untuk adakan pertandingan durian-durian terbaik Kedah. Ada dua kategori iaitu durian kampung dan durian klon.
Iklan
"Penyertaan merangkumi 12 daerah di Kedah. Semua daerah menghantar wakil. Kita juga mengadakan pertandingan memasak menggunakan buah durian dan ia libatkan 20 peserta," katanya.
Tambahnya, penganjur turut menganjurkan kenduri pulut durian kepada semua yang hadir.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam