PASIR PUTEH - Imam Masjid Mukim Telaga Papan di sini, Ismail Yaacob meninggal dunia di Makkah petang semalam.
Pengerusi Biro Belia dan Wanita masjid berkenaan, Nor Amran Nor, 49, berkata, dia menerima berita sedih itu melalui aplikasi WhatsApp rakan yang turut berada di Tanah Suci.