The Red Devils janji tiada laluan mudah buat Manchester City, Liverpool

Iklan
Shaw yakin United akan bangkit menjadi pencabar utama EPL musim depan. FOTO: Getty Images

TONGGAK pertahanan Manchester United, Luke Shaw memberi amaran The Red Devils sedia kembali menjadi pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Menurutnya, United tidak akan memberi laluan mudah kepada musuh utama mereka iaitu Liverpool dan Manchester City dalam pemburuan trofi EPL.

Iklan
Iklan

"Mereka (Liverpool dan City) tidak akan dapat laluan mudah musim depan. Memang ada pihak yang akan meragui kemampuan kami, tetapi kami tidak ambil peduli. Bagi saya dan pasukan tahu apa yang kami lakukan dan kami rasa lebih baik berbanding musim lalu.

"Kami perlu kembali mencipta kemenangan dan menjulang piala selain akan memastikan musim depan bermula dengan baik dan meneruskan momentum tersebut," katanya.

Iklan

Jelasnya, prestasi hambar yang dipamerkan United musim lalu tidak mahu diingati lagi dan mengharapkan ia hanya akan menjadi sejarah pahit buat pasukan tersebut.

Kata pemain kelahiran England itu, dia memahami perasaan peminat terutama apabila menyaksikan City menjulang kejuaraan treble selain Liverpool yang berjaya memenangi Liga Juara-Juara.

Iklan

"Musim lepas menjadi musim menyedihkan buat semua orang. Saya tahu penyokong turut kecewa dengan kami. Pasukan lain melakukan dengan cemerlang menang beberapa kejuaraan besar.

"Ia amat sukar buat kami dan kami juga tidak dapat bercuti dengan tenang selepas EPL berakhir. Anda menyaksikan Liga Juara-Juara dan Liga Europa didominasi kelab Inggeris, tetapi kami tiada di situ. Ia menyebabkan situasi bertambah buruk. Kami janji ia tidak akan berulang.

"Kami akan memulakan musim depan dengan hala tuju dan pemikiran yang berbeza untuk memastikan United berada di landasan yang betul," katanya.

The Red Devils mengakhiri saingan liga di kedudukan keenam dengan 32 mata selain hanya mampu mara ke peringkat suku akhir dalam saingan Liga Juara-Juara musim lalu.