KUALA LUMPUR - Kempen Membeli Produk Muslim anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dan Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) bukan berniat untuk memboikot produk bukan Muslim di Malaysia.
Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahya berkata, kempen tersebut selain bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam, ia juga bertujuan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.