Malaysia perlu utamakan pembinaan negara bangsa

Iklan
Wacana Sinar Harian ke-82 bersama Majlis Profesor Negara (MPN) berjudul 'Pengucapan & Jenayah Kebencian: Apa Tindakan Kita?', berlangsung di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

SHAH ALAM - Malaysia dilihat tidak mengutamakan pembinaan negara bangsa, sebaliknya lebih menumpukan kepada pembangunan dan urus tadbir.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, ia kerana ahli-ahli politik di negara ini tidak pernah membangkitkan soal pembinaan negara.

Iklan
Iklan

Katanya, perkara itu dilihat menjadi punca berlakunya pengucapan dan jenayah kebencian memandangkan rakyat sendiri kurang faham apa bentuk negara dikehendaki mereka.

"Ahli-ahli politik tidak bercakap pun tentang pembinaan negara bangsa, yang bercakap ialah rakyat biasa. Mereka lebih bahas tentang pasaran, ekonomi dan projek. Ini perkara yang perlu kita sedar.

Iklan

"Bagi saya, kesedaran tentang keperluan pembinaan negara bangsa ini penting. Kalau tidak apa yang kita bahaskan hari ini (semalam) sebenarnya tidak akan menjadi asas pada apa yang kita lakukan," katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-82 bersama Majlis Profesor Negara (MPN) berjudul 'Pengucapan & Jenayah Kebencian: Apa Tindakan Kita?', di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Menurut Mansor, itu perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya ucapan berbaur jenayah dan tindakan disebabkan kita sendiri tidak faham sebenarnya apa bentuk negara yang kita kehendaki.

Iklan

Berikut penerangan Mansor mengenai isu pembinaan negara itu:-

Akhirnya kita bermain dengan dalam dunia digital sekarang, dengan menularkan berita-berita yang banyak palsu.

Perkara-perkara ini menunjukkan rakyat kita tidak dibawa bersama memikirkan tentang pembinaan negara bangsa. Ini sebenarnya merugikan kita.

Kita perlu perbanyakkan dialog, pertemuan dan wacana untuk bahaskan perkara ini tentang apa sebenarnya yang perlu dijadikan untuk mengikat kita bersama.

Kelemahan kita adalah kerana terlampau menumpukan pembangunan dan urus tadbir sehinggakan negara kita betul stabil, tetapi bila berlaku masalah terpinggir, mereka yang bermasalah akan mempersoal bentuk negara, hinggakan menyebabkan negara yang sebenarnya sudah sedia terbina itu tidak dikukuhkan.

Berdasarkan kajian yang saya lakukan sejak 1990 hingga sekarang, sebenarnya kita perlu bersyukur dengan pembangunan dan tadbir urus yang baik negara.

Kejayaan dasar awam negara yang telah mengubah negara dan mentransformasikan rakyat hinggakan mereka memiliki budaya-budaya moden yang menyebabkan hubungan etnik yang kita perhatikan sekarang tidaklah tebal, tetapi menipis.

Secara majoritinya, rakyat kita masih lagi tidak bermain dengan batas etnik dalam kita berhubungan, malah ia bersifat hubungan yang mendatar.

Kerajaan sedia ada perlu sedar hubungan etnik kita bukan sentiasa baik.

Walaupun masih baik, ia lebih menurun Indeks Batas Sosial. Indeks yang saya bangunkan itu menunjukkan penurunan walaupun masih positif.

Yang menakutkan adalah permainan dan pilihan etnik dalam tingkah laku rakyat kita semakin meningkat terutamanya bila pilihan raya.

Kempen-kempen pilihan raya 2018 yang berbaur hasutan, etnik, agama dan negaramenyebabkan rakyat terasa risiko etnik.

Ini perkara-perkara yang menyebabkan anti ratifikasi Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) itu berlaku hinggakan sekarang kita perhati dalam media sosial, boikot barang sana dan sini.

Pada saya, perkara-perkara ini yang sebenarnya menggambarkan kerajaan sedia ada gagal memahami di mana perpaduan kita dan apa yang perlu kita urus.

Hinggakan kita perhati, kepimpinan sedia ada lebih bertindak sebagai kepimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bukan dengan data-data kajian, dasar-dasar, peraturan urus tadbir yang sebenarnya selama ini menyebabkan negara kita bukan sahaja makmur, tetapi berlaku perpaduan. Berbanding negara yang pascakolonial, kita lebih terbaik.

Malah dalam Indeks Perdamaian Dunia, kita sekarang sudah kembali anak tangga ke-25. Terbaik kita pernah dapat ialah nombor 19.

Tetapi di sebalik kerencaman itu sebenarnya, walaupun berjaya urus negaradengan baik, tetapi kita risau jika tidak terlampau tidak dikawal bukan setakat di media sosial, tetapi apabila perkara-perkara ini diluahkan oleh mereka yang memegang tampuk pemerintahan negara. Itu akan menghancurkan negara.

Dalam sebuah kepelbagaian negara, rakyat Malaysia terbahagi lima kumpulan, tetapi yang perlu dirisaukan adalah golongan yang memanipulasi ertnik tetapi tiada suara dan kuasa.

Ini kerana kajian-kajian menunjukkan, mereka mudah digembleng dan boleh dipermainkan untuk bermain dengan kenyataan berbaur sensitif, agama dan sebagainya.

Mereka ini adalah golongan miskin dan terpinggir yang tiada siapa membela mereka. Jika terperangkap dalam kedudukan sosial begitu, pastinya akan berdepan masalah sosial dan jenayah. Akhirnya akan menyebabkan berlaku pergaduhan yang kadang kala merentas etnik agama sehinggakan negara menjadi riuh-rendah seperti isu kuil (Sri Maha Mariamman) di Seafield baru-baru ini.

Bagi saya, kita gagal melihat perkara itu.

Isunya bukan isu etnik agama, tetapi kegagalan kerajaan dan urus tadbir untuk mengurus kebajikan mereka sehinggakan luahan kehidupan itu melimpah dalam pergaduhan etnik dan agama. Ini perkara-perkara yang perlu dijaga.

Lagi satu kumpulan adalah 'extreme ethnocentrism' agama dan ini perlu dipantau kerajaan dan mesti bertindak segera macam kes arwah Muhammad Adib Mohd Kassim (anggota bomba yang meninggal susulan insiden rusuhan kuil).

Kes itu mesti segera diselesaikan dan tak boleh dibiarkan kerana rakyat membuka isu lain sebenarnya. Mereka buka setiap hari hinggakan berlaku demonstrasi bukan sahaja di peringkat bandar-bandar besar, tetapi juga di negeri-negeri.

Kalau gagal diurus dengan segera, pasti kita sebenarnya akan membawa ketidakstabilan dan pertelagahan antara etnik dan agama di negara ini.