BANGI - Kertas siasatan berhubung kesalahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam insiden bil pengguna melambung pada Mei lepas sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk maklum balas, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.
"Kertas siasatan telah disiapkan dua minggu selepas insiden kenaikan bil pengguna TNB berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Low Carbon Cities 2030 Challenge di Greentech Malaysia di sini hari ini.