Haziq, Farhash dibebas hari ini

Iklan
Farhash dan Haziq

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis sahkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang ditahan reman bagi siasatan kes video intim akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Turut dibebaskan seorang lagi rakan Farhash yang ditahan di Masai, Johor.

Iklan
Iklan

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

"Ketiga-tiga mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 3 petang.

Iklan
Iklan

"Manakala, seorang lagi individu merupakan ahli perniagaan yang ditangkap di Shah Alam sebelum ini akan tamat reman esok," katanya kepada Sinar Harian hari ini.