Dua dijel lapan bulan miliki 24,788 batang rokok seludup

Iklan
Aswir (berseluar jeans) dan Akbar diiring anggota kastam di mahkamah, hari ini.

SEREMBAN - Gara-gara memiliki rokok seludup, dua lelaki warga Indonesia terpaksa meringkuk dalam penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.

Majistret Mahyun Yusof menjatuhkan hukuman itu ke atas Akbar Maulana, 25, dan Aswir, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh membayar duti import sebanyak RM4,888.80.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh secara bersama didakwa memiliki 23,460 batang rokok putih dan 1,328 batang rokok kretek bernilai RM2,110.56 yang mana barangan itu dilarang pengimportannya.

Iklan

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 25 Februari 2019, jam 11.30 malam di sebuah rumah di Jalan Teratai 2, Taman Marida di Senawang.

Oleh itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(v)(aa) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Iklan

Sabit kesalahan, denda maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau RM500,000, atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Penguasa Kastam, Amirul Syafiq Mahadi memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal.

Peguam, Asmawi Ismail merayu hukuman penjara minimum diberi kepada anak guamnya atas alasan tertuduh sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.