Teka harga dan menangi Huawei Y9 Prime 2019

Iklan

HUAWEI Malaysia mengumumkan peraduan eksklusif di media sosial sosialnya yang menawarkan set telefon bimbit terbaharunya Huawei Y9 Prime 2019 kepada pemenang bertuah.

Iklan
Iklan

Pertandingan ‘Guess the Price: Win A HUAWEI Y9 2019’ itu dianjurkan sempena menyambut kedatangan produk terbaharu syarikat itu.

Syarikat itu berkata, peserta hendaklah meneka harga produk mereka itu dalam tempoh masa tiga hari bermula semalam dan berakhir 12 tengah hari esok (24 Julai 2019).

Iklan

"Untuk menyertainya, anda hanya mengikuti beberapa langkah mudah iaitu, ‘like’ Facebook Page HUAWEI Mobile MY terlebih dahulu.

"Kemudiannya, peserta hendaklah kongsikan pos peraduan dan tag tiga orang rakan anda (pastikan pos ditetapkan sebagai ‘Public’),” katanya.

Iklan

Peserta hendaklah meneka harga rasmi seunit Huawei Y9 Prime 2019 dalam Ringgit Malaysia di ruangan komen pada posting peraduan.

Hanya seorang pemenang sahaja pemenang dipilih berdasarkan kepada komen terakhir dengan jawapan yang tepat dan diumumkan pada 25 Julai 2019.

Tunggu apa lagi, sertai sekarang.