Pelampung gelongsor air runtuh, budak 8 tahun maut

Iklan
Mangsa meninggal dunia selepas bahagian atas pelampung gelosongsor air runtuh secara tiba-tiba. - Foto AsiaWire

ANHIUI - Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun terbunuh selepas pelampung gelosongsor air yang dinaiki runtuh secara tiba-tiba di sebuah resort percutian di China.

Menerusi video pendek yang diambil ketika insiden berlaku, ibu mangsa dilihat menjerit meminta bantuan sambil memangku anaknya.

Iklan
Iklan

"Tolong hubungi ambulans. Tolong hubungi ambulans," raungnya.

Menurut laporan, sebahagian daripada bahagian atas struktur pelampung tersebut runtuh sekitar jam 4 petang (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Iklan

Pihak berkuasa memberitahu, mangsa dibawa ke Hospital Huangshan untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, empat pelancong lain turut cedera dalam insiden berkenaan.

Iklan

Setakat ini punca kemalangan masih disiasat namun ia berkemungkinan disebabkan kesesakan di atas pelampung itu. - The Sun