Malaysia dukung dasar luar tidak campur tangan

Iklan
Wisma Putra

KUALA LUMPUR - Malaysia terus mendukung dasar luar yang tidak campur tangan dan saling menghormati dalam hubungannya dengan negara-negara berdaulat yang lain.

Justeru, Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata ia memperakui usaha yang dijalankan oleh Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Oleh kerana Malaysia mengamalkan demokrasi, CSO bebas untuk melahirkan pandangan dan mengeluarkan apa-apa kenyataan keprihatinan.

"Bagaimanapun, kementerian menekankan bahawa pandangan yang disuarakan oleh CSO di Malaysia mungkin tidak mencerminkan pandangan dan dasar Kerajaan Malaysia," kata kenyataan itu. - Bernama

Iklan
Iklan