Waspada banjir, hakisan pantai

Iklan
Antara hakisan pantai yang berlaku sekitar Mengabang Telipot.

KUALA NERUS - Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir serta berdekatan hakisan pantai diingatkan agar sentiasa berwaspada dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, langkah berhati-hati perlu diambil supaya dapat mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Iklan
Iklan

Selain itu katanya, penduduk juga dinasihatkan agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan semasa cuaca.

"Kita sedia maklum Terengganu berdepan dengan musim tengkujuh yang agak panjang dan dalam tempoh itu keadaan cuaca tidak menentu.

Iklan

"Bagi mereka yang tinggal di kawasan risiko banjir adalah dinasihatkan supaya meletakkan dokumen penting di tempat yang selamat.

"Manakala bagi penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai dan berdepan masalah hakisan, sentiasalah waspada,"katanya.

Iklan

Jelasnya lagi, selain dapat menyelamatkan harta benda, langkah persediaan awal juga penting supaya dapat mengelakkan ancaman bahaya kepada diri dan juga keluarga.

"Selain itu juga, penduduk juga diingatkan agar merujuk dan memaklumkan segera kepada pemimpin penduduk jika mengalami sebarang kesulitan,"katanya.