Coretan isteri Bani Seventeen buat arwah suaminya...

Iklan
Instagram Cindri Wahyuni dan Bani.

DUNIA dikejutkan dengan satu tragedi bencana alam yang amat dahsyat berlaku di negara jiran, Indonesia.

Menurut laporan pengamal media di sana, kejadian itu berpunca daripada letusan gunung berapi Anak Krakatoa yang kemudian membawa tsunami di kawasan Selat Sunda.

Iklan
Iklan

Antara yang terkorban dalam peristiwa duka tersebut adalah anggota kumpulan muzik terkenal negara seberang, Bani Seventeen.

Pada malam tersebut, band Seventeen dilaporkan mengadakan sebuah konsert di Tanjung Lesung Beach Resort.

Iklan

Namun, malang tidak berbau apabila ombak besar merempuh pentas mereka dari arah belakang sehingga menyebabkan struktur pentas itu roboh.

Ramai tidak sempat lari untuk menyelamatkan diri kerana tidak nampak aliran air tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, rata-rata peminat kumpulan itu mendapati beberapa kapsyen pada foto-foto terakhir pemain bass kugiran ini di laman Instagram (IG) menunjukkan petanda seolah-olah dia akan pergi buat selamanya.

"Qanaah itu lebih baik, kerana kita di dunia ini cuma sementara".

Berita pemergiannya bertambah sedih dan pilu apabila isterinya, Cindri Wahyuni, dikhabarkan sedang hamil anak kedua.

Selain itu, mereka baru sahaja menyambut hari lahir anak pertama mereka, Inara pada 23 November yang lalu, iaitu tarikh genap sebulan sebelum tragedi yang menyayat hati itu.

Menerusi entri di IG miliknya, Cindri Wahyuni turut menulis coretan buat suaminya itu.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Innalillahiwainnailaihirojiun, telah berpulang suami yang sangat saya cintai @baniseventeen mohon maaf atas segala kesalahan, semoga ALLAH mengampuni segala dosanya, diterima amal ibadahnya, solatnya, diterangkan jalannya ke jannah NYA, husnul khotimah.

"Jika suami ada hutang, hubungi saya dan keluarga. Mami dan Nara sangat mencintai Bebi (Bani), tapi ALLAH lebih cinta Bebi. InsyaALLAH kita bertemu kelak di jannah ya," tulinya.

Kongsinya lagi, suaminya itu banyak mengajarkannya tentang kehidupan dan tidak pernah mengeluh dan harapnya juga dia dapat mengikuti tauladan itu.

Janjinya juga, dia akan membesarkan anak-anak menjadi anak solehah dan menjadi ibu yang terbaik buat mereka.

Dia turut memohon maaf kepada teman-teman dan sahabat yang mengucapkan tahziah tetapi dia tidak dapat membalas satu persatu, dan dia juga turut mengucapkan terima kasih segala doa dan bantuan dari semua yang tidak dapat disebutkan satu persatu.

"Begitu banyaknya bantuan dari teman-teman, sahabat, pengurusan, teman sejawat, ALLAH yang akan membalas kalian," tulisnya.

Beliau juga memaklumkan jenazah akan dimakamkan Gamping Tengah, Yogyakarta selepas solat Zohor, hari ini.

Cindri juga memohon agar agar tidak mengtag foto atau video saat kejadian itu kepadanya.