China berang campur tangan asing di Hong Kong

Iklan
Bendera Britain dikibarkan seorang penunjuk perasaan ketika protes antikerajaan di Hong Kong. - Foto AFP

BEIJING - China semalam menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Britain mencampuri urusan Hong Kong susulan kebimbangan yang disuarakan kedua-dua negara berhubung serangan terhadap penunjuk perasaan prodemokrasi tempoh hari.

Serangan Ahad lalu ke atas penunjuk perasaan Hong Kong yang dipercayai dilakukan ahli kongsi gelap, mencederakan sekurang-sekurangnya 45 orang.

Iklan
Iklan

Insiden yang menimbulkan ketakutan dan juga kemarahan di Hong Kong itu mengundang kritikan Britain dan AS yang melahirkan kebimbangan berkaitan kebebasan yang semakin terhakis di hab kewangan Asia terbabit.

Beijing bagaimanapun berang dengan solidariti yang dipamerkan oleh kerajaan lain dan pegawai negara luar kepada penunjuk perasaan prodemokrasi di Hong Kong.

Iklan

"China tidak akan bertoleransi dengan mana-mana kuasa asing yang mencampuri urusan atau menggangu Hong Kong," kata jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying.

Hong Kong dilanda kemelut politik terburuk dengan tunjuk perasaan besar-besaran dan insiden keganasan melibatkan polis dan penunjuk perasaan yang menentang rang undang-undang ekstradisi ke China. - AFP

Iklan