Mark Esper dilantik Setiausaha Pertahanan AS yang baharu

Iklan
Mark Esper. - Foto AFP

WASHINGTON - Senat Amerika Syarikat (AS) semalam mengesahkan pelantikan Mark Esper sebagai Setiausaha Pertahanan yang baharu.

Pelantikan Esper dilakukan hampir tujuh bulan selepas peletakan jawatan mengejut Jim Mattis susulan perbezaan pendapat berhubung dasar dengan Presiden Donald Trump.

Iklan
Iklan

Berkhidmat sebagai Setiausaha Tentera AS sejak tahun 2017, Esper, 55, mendapat sokongan penuh Senat.

Trump memilih Esper untuk mengetuai Pentagon setelah pilihan asal beliau, Patrick Shanahan, menarik diri atas alasan keluarga dan meletak jawatan sebagai pemangku setiausaha setelah bertugas selama enam bulan. - AFP

Iklan
Iklan