Latheefa tiba di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth

Iklan
Latheefa Koya sewasktu tiba di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini pagi tadi.

BUTTERWORTH - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya tiba di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini sebentar tadi.

Beliau tiba kira-kira jam 9.07 pagi bagi mendengar pertuduhan terhadap enam daripada 18 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang yang disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan sekitar negeri ini.

Iklan
Iklan

Pada 16 April lalu, lebih 70 pegawai dan anggota JPJ Pulau Pinang ditahan selepas disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan sekitar Pulau Pinang.

Kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ Pulau Pinang itu dipercayai menerima bayaran berjumlah antara RM10,000 ke RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ.

Iklan

Wang yang diterima tersebut dipercayai untuk pegawai kanan JPJ bagi tujuan hiburan.

Difahamkan, modus operandi yang digunakan adalah membekalkan pelekat khas kepada lori yang dilindungi agar senang dikenal pasti.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

ARTIKEL BERKAITAN: 18 pegawai anggota JPJ Pulau Pinang didakwa esok

24 anggota JPJ direman bantu siasatan kes lori kebal