Pengasas Clapsyz bantu ibu tunggal jana pendapatan

Iklan
Intan Liana (kanan) bersama penyanyi Kaka Azraff.
FLEKSIBEL dan mampu menjana pendapatan dalam kalangan ibu tunggal adalah antara program keusahawanan yang bakal dianjurkan oleh pengasas produk kecantikan dan kesihatan Clapsyz, Intan Liana Saleh bersama Komuniti Bos Muda Tribe.

Intan Liana berkata, program itu akan menyasarkan golongan suri rumah akan menjadi ejen dropship kepada produk keluaran syarikatnya dengan menjalankan perniagaan tanpa modal.

"Pada peringkat permulaan, saya dan pengedar Clapsyz akan memasarkan produk. Ibu tunggal yang bersama kami akan dilatih untuk menjual produk secara atas talian kerana ia merupakan trend terkini.

"Sebagai kemudahan kepada mereka, kami akan memberikan latihan pemasaran melalui atas talian dengan modul yang sistematik,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Intan Liana optimis usaha itu akan mewujudkan komuniti usahawan wanita berjaya.