Perbicaraan inkuiri kes Muhammad Adib ditutup

Iklan

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Mahkamah memutuskan untuk menutup prosiding perbicaraan Inkues Kematian anggota bomba dan penyelamat (JBPM), Muhammad Adib Mohd Kassim.

Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan saksi-saksi yang ditampilkan.

Iklan
Iklan

"Setelah meneliti keterangan sedia ada mahkamah berpuas hati, maka dengan itu mahkamah tidak akan memanggil mana-mana saksi.

"Oleh itu prosiding perbicaraan ditutup," katanya.

Iklan

Prosiding yang bermula 11 Februari lepas menyaksikan 30 saksi dipanggil memberi keterangan dan 41 hari perbicaraan serta 137 eksibit.

Sementara itu, mahkamah menjemput pihak-pihak berkepentingan untuk membuat hujahan yang ditetapkan pada 21 Ogos depan.

Iklan

Pasukan peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib dijangka akan memfailkan hujahan bertulis kepada mahkamah.

Muhammad Adib,24, ang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan JPBM Subang Jaya parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.