Ebit Lew kagumi penyanyi Cinta Untuk Nabila

Iklan

PENDAKWAH popular, Ustaz Ebit Lew melahirkan rasa sedih di atas permergian penyanyi rock yang pernah popular dengan lagu 'Cinta Untuk Nabila', Ustaz Radzi yang meninggal dunia ketika membuat persembahan.

Kata Ustaz Ebit, dia sudah lama mengagumi Ustaz Radzi yang merupakan bekas penyanyi rock kumpulan Melisaa di atas usaha dakwah Allahyarham sambil menyanyi.

Iklan
Iklan

Kongsi Ustaz Ebit, dia agak terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd Radzi Abdul Hamid, 52, sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

"Sebaknya sayunya perginya seorang alim yang dikasihi Ustaz Radzi Melissa. Dulunya penyanyi lagu Cinta Untuk Nabila... Selepas hijrah selalu sebut cinta sebenarnya untuk Nabi (SAW).

Iklan

"Dah lama saya selalu ingin jumpa dengannya. Suka tengok beliau atas pentas nyanyian tapi buat dakwah. Semalam (Sabtu) beliau baharu beri kuliah asar dekat Masjid di Petaling Jaya. Rehlah tiga hari. Saya ingin jumpa dengannya," tulis Ustaz Ebit di Istagram (IG) miliknya.

Kata Ustaz Ebit, selepas forum dia dan sahabat yang lain berhasrat ingin melakukan dakwah jalanan di Kuala Lumpur namun apabila mendapat maklumat Ustaz Radzi ingin membuat dakwah di konsert, dia terus bergegas ke sana.

Iklan

"Takdir ALLAH dengan jubah dan kot serta serban, niat dakwah (arwah) meninggal dunia. Rupa-rupanya setelah berdakwah dan kuliah setiap hari... Niatnya ingin berdakwah pada semua sahabat dan peminat menjadi benar-benar dakwah ingatan di pentas.

"Peringatan yang mengejutkan semua. Beliau seorang daie yang hebat. Jadikanlah pemergiannya asbab hidayah," tulis.

Ustaz Ebit turut melahirkan rasa kagumnya dengan usaha yang dilakukan oleh Allahyarham Ustaz Radzi dan sudah lama berhasrat ingin bertemu dengannya di Langkawi.

Namun katanya, takdir ALLAH, dia hanya dapat juga berjumpa dengan melihat wajah yang tenang dan tangan Allahyarham yang sejuk.

"Berjuta rahmat ustaz dan daie ini berilah sedikit buat diriku," tulis.

Ustaz Radzi dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika menjayakan persembahan untuk program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Panggung Anniversari, jam 11.10, pada Sabtu.

Ustaz Radzi menjadi artis terakhir mengadakan persembahan bersama rakan lamanya dalam kumpulan rock, Melissa.

Selain lagu Cinta Untuk Nabila, Melissa turut popular dengan lagu Lambaian Sayonara, Wajahmu Di Mataku, Memikat Cahaya dan banyak lagi pada era 1990-an.