Hebat juga Tuk Seri Azmin!

Iklan

[DIKEMASKINI] BUKANLAH niat Awang nak menyibuk hal dalaman PKR. Tapi macam berjuta-juta rakyat Malaysia juga, Awang terkejut dan teruja dengan drama melibatkan orang-orang besar dalam parti itu.

Maklumlah, sejak video yang mengaitkan Tuk Seri Azmin dengan seorang lelaki lain muncul, kecoh satu Malaysia.

Iklan
Iklan

Awang mulanya terfikir, habislah Tuk Seri Azmin kali ini.

Tak ada siapa yang akan selamat dalam politik dengan video macam itu kalau betul orang itu terlibat.

Iklan

Tapi Tuk Seri Azmin dari hari pertama tegas mengatakan dia tak terlibat.

Dia kata dia jadi mangsa fitnah. Maka diangkutlah polis beberapa orang bagi membantu siasatan sahih tidak video itu dan siapa dalang di belakangnya.

Iklan

Kenyataan Tuk Seri Hamid Bador pun sama memeranjatkan. Rupanya memang dalang paling tinggi adalah dalam parti itu sendiri. Tuk Seri Azmin tak disahkan pelaku dalam video itu.

Lapang dada Tuk Seri Azmin agaknya.

Siapa pun tak tidur malam dibuatnya. Nama baiknya terjejas.

Awang memang angkat topi pada beliau. Masa nak rebut jawatan Timbalan Presiden parti, dia menang juga walaupun orang atas-atas awan dalam parti itu terang-terang tak sokong dia.

Macam-macam dengarnya mereka buat nak pastikan dia kalah.

Bila keluar video ini, padanlah dia marah sangat dengan beberapa individu tertentu dalam partinya.

Awang dengar punya marahnya beliau sampai menarik balik jemputan rumah terbuka hari raya di kediamannya.

Tuk Seri Anwar, Presiden parti, pun nampaknya dah sedar, bukan calang-calang orang Tuk Seri Azmin ini.

Betullah Tuk Seri Azmin pernah bekerja dengan Tuk Seri Anwar. Murid takkan nak kekal murid sepanjang masa kan? Sesekali bertemu juga buku dengan ruas!