Lembaga Disiplin PKR enggan ulas tindakan Farhash

Iklan
Farhash (tengah) disambut penyokongnya di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas dibebaskan dengan jaminan polis semalam. (Gamabr kecil: Ahmad Kasim)

SHAH ALAM - Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan memberikan sebarang ulasan berhubung tindakan ke atas Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kerana mengeluarkan tuduhan terbuka terhadap Timbalan Presiden Parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebaliknya Pengerusi Lembaga Disipin parti itu, Datuk Ahmad Kasim menyarankan agar semua pihak berdamai dan mengembalikan keadaan harmoni dalam parti.

Iklan
Iklan

"Saya tidak mahu komen isu tersebut. Saya nak mendamaikan (semua pihak), jangan pecah belah, jangan bising-bising dan mari kita harmonikan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduh Azmin secara terbuka: Ketua Wanita PKR gesa Farhash dikenakan tindakan disiplin

Iklan

Farhash persoal penahanannya berkaitan video intim

Terdahulu Ketua Wanita PKR, Haniza Talha menggesa parti itu mengambil tindakan disiplin ke atas Farhash kerana mengeluarkan tuduhan terbuka terhadap Mohamed Azmin di khalayak ramai.

Iklan

Semalam, Farhash mempersoalkan penahanan remannya berhubung siasatan video intim dikaitkan dengan seorang Menteri Kabinet.

Beliau turut memberikan pesanan kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid bahawa dirinya bukan Mohamed Azmin yang sepatutnya diberikan rehat (ditahan).

Pada 15 Julai lalu media melaporkan, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama lima lelaki ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Susulan itu, keesokannya, tiga lagi individu termasuk Farhash ditahan di sekitar Johor Bahru kira-kira jam 2.30 petang.

Seorang daripada mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.