WYOMING - [DIKEMASKINI] Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku kepada seorang budak perempuan berusia sembilan tahun apabila terselamat selepas ditanduk seekor bison dalam kejadian di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat, Isnin lalu.
Akibat tandukan itu mangsa dari Odessa, Florida melambung setinggi beberapa meter ke udara.
Kakitangan taman negara berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan mengancam nyawa dan telah dirawat oleh anggota paramedik di Old Faith Lodge.
Kejadian tersebut sempat dirakam dan tular di media sosial.
Difahamkan mangsa berkunjung ke taman negara itu bersama ahli keluarganya yang lain.
Peraturan taman negara mewajibkan pengunjung berdiri pada jarak 25 meter daripada bison atau rusa dan 100 meter daripada haiwan pemangsa seperti serigala dan beruang.
Pada Jun 2018, seorang wanita yang mengunjungi taman negara itu dirodok seekor bison selepas orang ramai berdiri terlalu dekat dengan haiwan tersebut. - Reuters