Sarang dadah bawah jambatan kena gempur

Iklan
Antara penagih yang ditahan dalam Ops Sarang di bawah jambatan Jalan Mayang Lagu, Pelabuhan Klang semalam.

KLANG - Tidak menghiraukan keselamatan diri hingga sanggup lari meredah kawasan semak bagi mengelak daripada dicekup polis.

Namun, cubaan penagih yang asyik melepas gian gagal selepas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan menerusi menyerbu menerusi operasi Ops Sarang di bawah jambatan Jalan Mayang Lagu, Pelabuhan Klang, di sini semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, operasi membabitkan kekuatan dua pegawai dan 15 anggota dijalankan bermula jam 9 pagi.

Katanya, seramai 22 orang berusia 35 hingga 55 tahun ditahan.

Iklan

"Pemeriksaan menjumpai beberapa paket dadah disyaki heroin dianggar seberat 8.98 gram bernilai RM800.

"Selain itu, pemeriksaan juga mendapati enam suspek dikesan memiliki dadah, 14 adalah penagih dan dua lagi memiliki rekod dikehendaki," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Iklan

Dalam serbuan yang tamat pada jam 12 tengah hari itu, terdapat segelintir suspek terbabit yang cedera semasa cuba melarikan diri.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Operasi Ops Sarang akan diteruskan daripada semasa ke semasa dalam usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah," katanya.