Histeria: SMK Desa Cempaka kembali tenang

Iklan
Sesi persekolahan SMK Desa Cempaka berjalan seperti biasa hari ini.

NILAI – Sesi persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka di sini yang dikejutkan dengan kejadian 20 pelajarnya mengalami histeria Isnin lalu kini kembali tenang.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Zainudin Hamat berkata, sehingga kini tiada lagi laporan baharu yang diterima mengenai kejadian berkenaan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, keadaan sudah kembali normal dan tiada lagi histeria. Saya difahamkan kejadian pertama pada Jumaat lepas, tapi pelajar yang terlibat tidaklah seramai kelmarin (Isnin).

"Biasanya saya dengar kejadian histeria di sekolah lain, tapi ini berlaku di sekolah kami sendiri dan ia sangat mengejutkan seluruh warga sekolah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Zainudin berkata, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan majlis bacaan Yasin esok untuk memohon perlindungan dan kesejahteraan sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: 20 pelajar perempuan SMK Desa Cempaka diserang histeria

Iklan

Dalam pada itu, beliau berharap tiada yang membuat tafsiran sendiri dan mereka cerita berhubung kejadian histeria itu kerana ia boleh menakutkan pelajar.

"Sekolah itu usianya sudah dekat 20 tahun tapi saya tidak pernah pula dengar cerita bukan-bukan. Harapnya kejadian ini tidak berulang lagi dan setakat dua hari ini, saya dengar keadaan biasa sahaja,” katanya.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan sesi perhimpunan pagi SMK Desa Cempaka gempar apabila seramai 20 pelajar perempuan diserang histeria.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, seorang pelajar yang berada di dalam tandas dikatakan menjerit sebelum ditemui pengsan.

Suasana kemudian bertukar kecoh apabila pelajar lain pula menjerit sehingga sesi pengajaran dan pembelajaran terpaksa dihentikan.