FAMA cadang wujudkan Bandar Harumanis Malaysia di Perlis
Iklan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua, kiri) dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tengah) berkenan bergambar selepas melancarkan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perlis 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen hari ini. - Foto BERNAMA
KANGAR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang mewujudkan Bandar Harumanis Malaysia di Perlis.
Pengerusinya, Ishak Ismail berkata perkara itu masih dalam peringkat perbincangan namun sekiranya menjadi kenyataan ia boleh membantu ke arah meningkatkan pendapatan pengusaha mempelam harumanis dalam tempoh jangka panjang.
Iklan
Iklan
"Sebelum ini saya ada sebut nak jadikan Raub sebagai Bandar Durian Malaysia setelah kita isytiharkan Bandar Madu di Kuala Nerang, Kedah yang terkenal dengan madu tualang. Perlis pula negeri yang kaya dengan harumanis," katanya.
Beliau berkata usaha sedang dibuat untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran harumanis selain mengatasi masalah berkaitan penyakit melibatkan tanaman itu.
Iklan
Ishak ditemui pemberita selepas perasmian Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan peringkat sekolah Perlis yang dirasmikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini hari ini. Turut berangkat hadir Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil
Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah orang ramai terutama generasi muda perlu melebihkan pengambilan buah-buahan tempatan kerana ia baik untuk kesihatan selain boleh membantu menyumbang kepada ekonomi negara.
Iklan
Dalam pada itu, Ishak berkata pengusaha membekalkan lebih RM1.2 juta harumanis kepada pembeli termasuk industri perhotelan setakat ini bagi 2019.
Menurutnya, kajian juga akan dibuat untuk memasarkan produk itu ke negara Timur Tengah. - Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam