MBM umum pelantikan Michael Jopp

Iklan
JOPP mengambil alih tugas yang sebelum ini disandang oleh Raine.

DIHARAP mampu membantu memperkukuhkan lagi portfolio produknya, Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan pelantikan Michael Jopp sebagai Ketua Jualan dan Pemasaran baharu bagi Mercedes-Benz Cars, Malaysia and SEA II.

Berkuat kuasa pada 1 Julai lalu, Jopp mengambil alih tugas yang sebelum itu disandang oleh Mark Raine yang kini telah menyertai Mercedes-Benz Korea selaku timbalan presiden bagi produk dan pemasaran.

Iklan
Iklan

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Claus Weidner berkata, pihaknya berbangga apabila Jopp menyertai keluarga Mercedes-Benz Malaysia.

"Dengan pengalaman dan kepakaran lebih sedekad dalam jualan dan pemasaran, kami yakin beliau mampu membantu mengekalkan kedudukan kami di posisi pertama dalam pasaran automotif premium Malaysia.

Iklan

"Jopp juga akan memainkan peranan utama dalam merangka strategi berkaitan pelanggan, mengambil pendekatan holistik untuk kecemerlangan automotif dengan memberi pengalaman terbaik kepada kesemua pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

Terdahulu, Jopp telah berkhidmat sebagai timbalan presiden jualan dan pemasaran di Mercedes-Benz India selama tiga tahun.

Iklan

Dengan taruhan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri automotif, Jopp yang juga pemegang Master Pengurusan Perniagaan dari Goizueta Business School turut pernah berkhidmat di Daimler dan Mercedes-Benz di Jerman.