UiTM Kelantan, Universitas Swadaya meterai MoA

Iklan
Zulkifli (dua dari kiri) dan H Mukarto Siswoyo bertukar dokumen pada MoA antara UiTM dan Unswagati semalam.

MACHANG - [DIKEMASKINI] Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan dan Universitas Swadaya Gunung Jati (Unswagati), Indonesia mengukuhkan jaringan kerjasama dengan memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) di sini, semalam.

Persetujuan tersebut adalah kesinambungan kepada Memorandum Persefahaman (MoU) yang berakhir pada dua tahun lalu selepas dimeterai antara kedua-dua universiti tersebut pada tahun 2015.

Iklan
Iklan

Rektor UiTM cawangan Kelantan, Prof Madya Dr Zulkifli Mohamed berkata melalui persetujuan tersebut, beberapa aktiviti termasuk Simposium Bersama bakal diadakan sekali gus mengeratkan hubungan kedua belah pihak.

Katanya, Simposium Bersama merupakan program pertukaran pensyarah dan pelajar sekali gus bertukar-tukar idea, ilmu, budaya dan kemahiran dalam pelbagai bidang.

Iklan

"Kita mahu kerjasama yang terjalin terus dieratkan dengan menjalinkan lebih banyak aktiviti bersama. Justeru itu, ia perlu diperkukuhkan dengan menandatangani MoA.

"Menerusi jalinan kerjasama ini, beberapa aktiviti telah dipersetujui untuk dilaksanakan termasuk Simposium Bersama," katanya selepas Majlis Menandatangani MoA antara UiTM bersama Unswagati, di sini semalam.

Iklan

Hadir sama pada majlis tersebut, Rektor Unswagati, Dr H. Mukarto Siswoyo.

Tambah Zulkifli, dengan termeterainya MoA itu, pihaknya berharap dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara kedua-dua universiti, khususnya dan hubungan baik negara amnya.

Sementara itu, H Mukarto Siswoyo berkata, banyak manfaat yang akan diperoleh daripada jalinan kerjasama tersebut terutamanya bagi membangunkan universiti masing-masing.

Katanya, kerjasama tersebut perlu diteruskan dan dikembangkan pada masa akan datang dalam usaha membangunkan bidang pendidikan di kedua-dua negara.