PM baru Britain lebih 'gila' berbanding Trump

Iklan
Boris Johnson (tengah) dipilih sebagai Perdana Menteri Britain dan Ketua Parti Konservatif.

LONDON - Lantang dan penuh kontroversi malah pernah dilabel badut oleh lawannya.

Sejak sekian lama, Boris Johnson mewarnai senario politik Britain dengan gaya rambut dan tingkah lakunya yang pelik sehingga mengundang kecaman ramai.

Iklan
Iklan

Beliau juga dianggap prejudis terhadap masyarakat Islam dan imigran.

Tahun lalu, beliau mengeluarkan kenyataan mempersenda wanita Islam apabila menggambarkan mereka sebagai perompak bank atau 'peti surat' kerana memakai burqa dan niqab dalam kolumnya di akhbar Daily Telegraph.

Iklan

Susulan kenyataan tidak bertanggungjawab itu, jumlah kes jenayah kebencian terhadap wanita Islam melonjak.

Johnson juga pernah menghina masyarakat kulit hitam dan meminta golongan pendatang supaya menguasai bahasa Inggeris jika mahu menetap di Britain.

Iklan

Jika diamati tingkah laku Johnson lebih teruk berbanding Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang sering mengeluarkan kenyataan berbaur xenofobia dan Islamofobia kerana kata-katanya memecah- belahkan masyarakat.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemimpin Islam meninggalkan Parti Konservatif sebaik sahaja Johnson diumumkan sebagai Perdana Menteri.

Mohammed Amin yang menganggotai parti itu sejak lebih tiga dekad lalu percaya Johnson tiada moral untuk menjadi ketua negara. - Agensi