Abd Jalil dilantik Profesor Adjung UMS

Iklan
Abd Jalil Ali

KUALA LUMPUR - Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kewartawanan, beliau akan berada di kampus universiti berkenaan di Kota Kinabalu dari masa ke semasa untuk bercakap mengenai penulisan kepada penuntut dan tenaga akademik jurusan komunikasi.

Iklan
Iklan

Jalil, 65, kini menduduki panel pakar bidang komunikasi di beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Kuala Lumpur.

Beliau juga menjadi anggota majlis tadbir Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan kini menjadi Naib Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI).

Iklan
Iklan